Wednesday, June 5, 2013

Kari Kepala Ikan Kampung Attap

Satapan hamba tengahari ni special sikit, bertarikh 5 jun 2013, kitaor pergi hanta CHOCO MIMI kat customer, area kL plak tu, alang-alang! SO, ini makan dia, ehehehe....

Kari Kepala Ikan ni welknown sangat, semua org tau kan, Kari kepala ikan kampung attap.
Tempat ni reputasi dia dah melebihi dari sebenarnya, tapi memang tak dinafikan la, the food memang SUPERB... kalau nak makan kat sini tak payah beratur, just cakap nak makan kepala ikan, then diaorg akan bagi meja khas terus duduk, tak yah beratur.

Satu set akan disediakan seperti yg dibawah, ni kitaorg makan 3 org tadi :) terlupa pulak nak ambil gambar bila dah Sodakallahulazim tadi... takpe la...just nak share dgn semua, tempat ni makan sekali sekala boleh la, sebab makanan agak pricy. set ni total RM88, kitaorg kongsi 3 org jadi RM29.33333 sen sorang...

Tapi memang tak dinafikan lah, kari kepala ikan dier memang besar, kuah dia memang mengiurrrkan...
hangpa kena mai rasa sendiri, tak rasa, sendiri yang rugi. rugi kepada penggemar penggemar kari la kan... yang tak gemar kari tu, lantak pi la kannn..hahahaha...

tempat ni jangan terlajak, kalau terlajak habis nak pusing jauh, sebab dia highway..kat area LHDN Kampung Attap tu je, kat tang corner je kedai dier, corner nak menghala highway masuk ke Federal Highway tu :)

Ni alamat dia :)
RESTORAN ZK
No 76. Jalan Kampung attap, 50460 Kuala Lumpur









Zainul Nasi Kandar, Kelab Syabas PJ

Ok, nak share new place untuk tatapan semua, ZAINUL NASI KANDAR, PJ. Tempat ni not bad nasi kandar dia, ramai tul org makan kat sini. tak silap ni kali ke 3 ke ke 4 aku ke sini... nasi kandar dia memang terangkat terutamanya lauk pauk dia... cuma kalau nak dibanding dgn  Nasi Kandar Raihan, Glenmarie Nasi Kandar Zainul ni kekurangan Ganja iaitu Rempah kerak ayam goreng macam RNK! :)

Total damage that we have to pay that day is rm26, makan 2 org tau.. ehehehehe.. mana tak nyer, ayam besar 2, tambah sotong dgn hati ayam..kat sini ada plak ayam besar ayam setengah, lain kali nak makan sorang amik ayam setengah je, ni dah terorder ayam besar 2 ketul, hamik ehehehehe

ok la, pada yg interested nak mai tempat ni, dia betul betul sederet A&W berhadapan Amcorp Mall tu, cuma kena masuk dari belah sini, lalu depan Amcorp mall tu tak leh la... kene masuk belah Ambank
sini.. ni alamat dia, Satu lagi, tempat ni ramai tul time lunch tengahari, disarankan mai la awai awai sikit noh.. :)

Pasti berpuas hati ehehehe

Nasi Kandar Zainul
Parking lot PJ Warna Biru near Maju Curry House, Jabatan Kimia
46150
Petaling Jaya
Opening Hour: 7am til 4pm
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...