Thursday, September 6, 2012

Nasi Lemak Lorong Motor Federal Highway

Salam, Dah lama gak aku tak update, ni semalam nyer lauk...

Ok, nak dimulakan cerita, nasi lemak sotong ni sebenarnya berasal dari lorong motor faderal highway.
Setiap hari sejak setahun yg lalu aku naik motor lalu sini, perasan la tiap2 hari penuh je motor keluar simpang kecik tu nak pergi beli sarapan kat sini, so semalam dan hari ni sebenarnya, aku pun cuba la...

Tempat ni kalau naik motor lalu di lorong motor highway faderal highway, kL menghala shah alam, betul2 tempat ni selepas simpang jalan PJ 222 tu, simpang bangunan P1wimax tu kan. Masuk bawah terowong kat p1wimax tu, muncul balik kat depan (lorong motor) akan nampak kedai ni tepi tu jer..

Ramai tul org singgah . penuh. nasi lemak dia memang terbaik.. aku tatapkan untuk kalian semua :)

Bread Pudding Home Made ;)

Best!! lagi best kalau buat sendiri, sebenarnya ni experiment pasal wife aku nak bawak gi potluck opis dia esok, aku layankan jer beli barang buat bread pudding ni....

Simple abis buat dia, senang ringkas dan yg penting sedap!!!!!!!!!!!!!!!!
Korang kalau nak try dipersilakan, ni resepi home made, aku ringkas kan kat bawah key, ni yg aku sendiri buat ni.. hahahaha....

Ok 4 step:

Step 1 - Bahan Pudding Roti
- Roti 8 keping (Gardinier)
- Fresh Milk 500ml
- Tepung Jagung (1sudu besar)
- 2 biji Telur
- 1 sudu teh Ising Vanila
- 1 sudu teh serbuk cinimon
- Kacang Badam
- Kismis
- Gula Halus (4 sudu Besar)

Step 2 - Kuah
- Satu Tin Susu Cair
- 2 sudu tepung Kastard
- 2 Sudu Gula Halus

Step 3 - Cara Buat Roti Puding
- Carik Roti dalam Bekas 4 segi yang agak agak sedang (Susun Penuh)
- Gaulkan semua Benda yg kat atas tu sampai Sebati
- Tuang atas Roti sampai rata (Bia dalam 25 minit baru masuk oven)
- Tabur Kismis gan Kacang Badam)
- Masukkan dalam Microwave suhu 180' selama 30minit/lebih jiga mahu masak lebih.

Step 4 - Buat Kuah
- Panaskan susu cair, masuk 2 sudu gula, masukkan 2 sudu tepung kastard, kalau nak pekat masuk la tepung jagung sket. gaul sampai cun :)

Simple je kan...Terbaekkkkkkkkkk weyh....
Korang try test buat tengokkkk :)


Sebelum Masak! 
Dah MASAK :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...