Showing posts with label stimboat. Show all posts
Showing posts with label stimboat. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Pak John Steamboat & Yong Tao Foo @ Wangsa Walk

Salam, Entry Hari ni nak kongsi skit cerita makan tempoh hari....
Nak dijadikan cerita, takda perancangan pon nak pergi ke wangsa walk ni, rancangan awal nak ke KL Festivall City Mall nak makan Seoul Garden. Pergi gan acik milah gan mummy mia.

Acik takmo lak seoul garden, so last last nak makan kat San Fransicco Pizza, wahh boleh gak la buat review pasal San Fransisco Pizza, tup-tup-Sekali sampai KL Festival City Mall boleh lak blackout. hampeh, pekejadahnya ini semua, shopping complex bleh blackout???? pergi la kat San Fransicco, tanya, dik boleh makan ker takde electric ni, adik adik tu semua cakap, dapur tak leh on bang, kalau nak makan yang pasta and apa yg sedia ada je.

So memang hampeh la kan, kitaorg pon maleh nak menunggu lama, keluar terus gi Wangsa Walk.. sesampai sana, blackout gak, apalah nasib, hahaha memang lawak, tapi masih boleh terima la pasal sebelah shopping complex je yg blackout, belah cool'storage je blackout, sebelah kanan ok, so kitaorg pun jalan la jalan sebelah kanan side wangsa walk, last2 termasuk la ke pak john ni.. ok la ni... mcm makan Johnnie's Restaurant, cuma tang ni ada peng-Grill kat atas dia. *macam dalam gambar.

haha, serius speaking memang tak berbaloi.. SEOUL GARDEN lagi bermenfaat dan berbaloi-baloi.. ada ker nak order grill item kene order satu satu, boleh plak daging kambing sepingan sepinggan nak order, kalau nak makan grill nak kene order 10 pinggan la yer untuk meat, yang set tu untuk steamboat je ada, untuk grill grill kene order asing asing, kalau murah ok ni sepinggan RM12.90 (5 gulung kecik2 - dari new zealand kot) salmon 4 keping kecik sepinggan RM13.90, grill dah la pakai butter je, melekat lekat semuanya..hahaha aku tak tipu resit ada kat bawah, bukan aku nak condem, tapi rasa macam terlalu expensive makan kat sini, dah la limited makanannya.

orang gila buffet macam aku tak bleh gi sini.. habis 4-5ratus kalau aku makan kat sini ikutkan selera aku.. hahahaha, so kesimpulannya, Seoul Garden is the best and the best......RM4+.++ eat all you can....so secara tobatnya ini maybe the first dan last aku kesini, bini aku pun sama merungut, hahaha. ingat nak bayar cash je, tuptup makan makanan yg sikit tu total jadi RM122.++, swipe la jadinya..

apa apa pun......jangan terpedaya dengan perkataan yg sungguh best itu 'STEAMBOAT & YONG TAO FOO'.. ehehe











Thursday, May 31, 2012

Seoul Garden, IOI Mall Puchong



Hari ni kitaorg pergi Seoul Garden ioi mall puchong, serius niat dihati nak belanja sazali sempena esok last day dier kerja gan department kitaorg, isnin nanti dier dah berhijrah ker group vcr yg lagi sibuk, lagi memenatkan, lagi memeningkan kepala, lagi kene buat report banyak, lagi pressure, semua lagiii laa plusss jangan harap la nak mengular lagi... sian ko li, sabar yer, janji masyukkkk!!! hahahahaha, saja bikin panas....

Hajatku tak kesampaian disebabkan Li plak yg belanja kitaorg, aduhaiii, biler lak aku nak banjer dia ni.... takpe la, bukan dier kuar proton pun kan, still dalam proton lagi, banyak masa lagi aku boleh banje ko li....huhuhuhuhu.......

Seoul Garden as well as everyone known, memang terbaik, yg paling penting HALAL!!! halal malaysia ok, bukan halal asia.... dengan tomyam di tengah kuali, grill kuali kat keliling dengan bermacam macam jenis lauk pauk yg boleh dipilih untuk di grill/panggang/ditomyamkan....Perghhh memang haeven untuk penggemar makanan yg TEGAR seperti aku..

Buffet lunch yg anggaran seorang rm27++ dan ada diskaun untuk student!!! kalau dinner mahal lagi yer, ada price kat bawah ni!! and eat all you can!!! mencanak lah nafsu makan ku........ masak masak, kacau kacau, kunyah kunyah.... yaAllah, mengidam aku, dah lama tul mengidam, akhirnya dapat harini, dari sehari ke sehari nak pergi tapi tak kesampaian disebabkan wife aku kurang gemar tempat ni... hmmmmmmmmmmmmm

Syukur, dapat pahala Li belanja kawan mengidam, hahahahahaha..

By the way, good luck Li, semoga berbahagia kamu disana.. kami sentiasa mengigati mu, harap kamu sentiasa mengigati kami juga.. untung laaaa ada org ingat.. hahahahaahaha

korang kalau berkenan nak makan buffet ni... ni ada price list untuk korang survey, aku janji korang akan puas hati... nah sikit gambar untuk tatapan kalian.. :)))









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...