Showing posts with label nasi kandar. Show all posts
Showing posts with label nasi kandar. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Zainul Nasi Kandar, Kelab Syabas PJ

Ok, nak share new place untuk tatapan semua, ZAINUL NASI KANDAR, PJ. Tempat ni not bad nasi kandar dia, ramai tul org makan kat sini. tak silap ni kali ke 3 ke ke 4 aku ke sini... nasi kandar dia memang terangkat terutamanya lauk pauk dia... cuma kalau nak dibanding dgn  Nasi Kandar Raihan, Glenmarie Nasi Kandar Zainul ni kekurangan Ganja iaitu Rempah kerak ayam goreng macam RNK! :)

Total damage that we have to pay that day is rm26, makan 2 org tau.. ehehehehe.. mana tak nyer, ayam besar 2, tambah sotong dgn hati ayam..kat sini ada plak ayam besar ayam setengah, lain kali nak makan sorang amik ayam setengah je, ni dah terorder ayam besar 2 ketul, hamik ehehehehe

ok la, pada yg interested nak mai tempat ni, dia betul betul sederet A&W berhadapan Amcorp Mall tu, cuma kena masuk dari belah sini, lalu depan Amcorp mall tu tak leh la... kene masuk belah Ambank
sini.. ni alamat dia, Satu lagi, tempat ni ramai tul time lunch tengahari, disarankan mai la awai awai sikit noh.. :)

Pasti berpuas hati ehehehe

Nasi Kandar Zainul
Parking lot PJ Warna Biru near Maju Curry House, Jabatan Kimia
46150
Petaling Jaya
Opening Hour: 7am til 4pm
















Wednesday, February 20, 2013

Nasi kandar kapitan penang

Salam, nak share sikit ni hari tu membawa hati yg lara sebab anak kesayanganku sakit dan terpaksa scan di penang.

Alhamdulillah puteriku dah sihat dah skrg, ok nak cerita sikit, malam tu aku bawak family gi makan kat town penang, ingat nak gi nasi kandar beratur, tapi lauk dah abis pulak..

Nak dipendekkan cerita, kitaorg terus gi nasi kandar kapitan, ramai yg tau kot nasi kandar kapitan ni macam mana, popular sangat dgn tandori gan roti nan dia. Ayam besar melimpah pinggan, tapi aku still nak cari nasi kandar, dtg jauh2 ni rugi la tak pekena nasi kandar, nak cite banyak pun tak guna, nah gambar nasi kandar kapitan, total sepinggan rm35 hahahaha walauweyyy..

Korang mai penang jangan luper terjah nasi kandar kapitan... ;))))) okehhh









Thursday, November 29, 2012

Nasi Kandar Raihan NSK Glenmarie aka Nasi Ganja

Ok rini aku nak share tempat kegemaran lunch aku ketika sangat sangat lapar or craving for nasi kandar! Korang mesti familiar dengan nasi kandar raihan or nasi ganja area glenmarie shah alam.

Tempat agak tersembunyi sket tapi sentiasa penuh! Ahad pon bukak kedai ni!! Ganja ni bermaksud kerak ayam goreng rempah dia, memang disediakan sesiap, siapa nak leh ambik! Sikit banyak lantak korang la hahahaha.... LAuk semua ada, ayam ketam sotong telur ikan, macam macam ada.

Ok la korang tengok sendiri mcm mana aku menyantap nasi ni!! Nak boleh tanya tempat! Nanti aku bagitau!!! ;) Aku sertakan sekali kat bawah ni map dia.. area glenmaria stadium shah alam tu jer, dekat belakang service center kia gaan kedai rim besar tu.


NI NASI GANJA AYAM DUA KETUI NOHH!!! 


Wednesday, May 23, 2012

Maggie Sup Telur Tak Masak Sgt Nasi Kandar Pelita

Maggie Sup Telur Tak Masak Sangat, Sayur takmau, tu yg aku cakap tadi kat waiter pelita nasi kandar puchong!

Apa yg aku dapat apa yg aku order la! Rupernyer sedap gak maggie kalau org lain buatkan! Dengan cili api lagi! Perghhhh berpeluh! Takde la banyak sangat sampah sarap dalam maggie ni,
Memember lain makan nasi kandaq la kan! Dah sampai nasi kandaq pelita tak makan lak nasi kandaq, macam rugi je kan!!

Bukan tak mau! Macam kenyang je nak makan berat2!! Hahaha mcm bukan aku lak kan tak makan berat2!! Hehe...

Korang memang tau kan kat sini memang terbaek nasi kandar dier! Entry nasi kandar ada kat entry2 aku sebelum ni! Ok la, nah maggi pelita!!
Malas masak boleh order kat sini ;))




Sunday, May 6, 2012

Sunday Madness!!

Nak dipanjang kan cerita! Alkisah yg sungguh dramatik! Hari ni boleh dikatakan sebagai hari makan aku yang paling menggila!!

Ok macam ni!! Ahad aka hari ni! Aku dikatakan mengekplore penuh shah alam hingga puchong hingga cheras! Tak pernah aku over eaten like this for a day!

Dimulakan pagi aku ke shah alam, pergi check up mam aku setelah 3 bulan 1st trimester baby ku matang' di follow up kempunan mam aku yang agak hhehe! No komen!!

1st stop!!!! Nasi Kandaq Pelita Puchong!! Sebelah ioi mall puchong!! Dier boleh kempunan nasi kandaq plak tengahari ni' layan kan ajer!! Seb baik aku tau mana area yg sedap! Kredit tu Li' terbaekk!! Gambar Nasi kandar ada kat bawah for you guys to view! Dengan aku aku sekali terjebak, amik kau udang gan ayam seketol!!!

2nd pit stop! Sunway pyramid, seb baik tak terperosok dan terjebak tadi masuk kat dalam manhattan fish market! Jenjalan dulu! Jap lagi kita singgah! Ayat aku yg dapat menyelamatkan kredit kad ku! Hahaha jenjalan lagi terduduk lak kat burger king!! Seb baik tak terorder!! Jalan punya jalan punya jalan aduhaii termasuk plak J. & Co coffee house!! Bedal coffee gan blend yogurt! Donut 2 ketul free!! Waaaaa that is enough!! Last stop for a day'

Tetapi air yg tenang jangan disangka tiada buaya!

3rd- sampai kat rumah! Aku ternampak plak akak yg jual satay minang tu bukak kedai! YaAllah! Nafsu apa aku ni!!!!?! Kakkkk! Satay rm6 ringgit!! Hahahahahaa amikkauuu' aku makan bagai raksasa yang menggila! Ada aku kisah!! Betul la apa org cakap! Kadang kala bukan isteri yg mengidam! Suami yg mengidam!!! Betul ker!! Layan kan jer!!

Haaaaaa! Ni plak nak citer pasal mengidam! Haaaaa amik kau dah kul 9 malam! Aku kene tolak kat katil!! B bangun b! Nak nasi kari! Nasi kandaq cam tengahari tadi!! Haaaaaa amik kau' sapa yg ngidam' dah tentu bukan aku kan! Confirm bini aku' so korang jangan cakap aku mengidam! Hahahahaa..

4rd- last stop for today' taktau la lepas ni ada lagi ker tidak!! Kedai mamak giant cheras' amik kau nasi kandaq ayam goreng + hati ayam' bukan aku! Bini akuuu ;) aku makan gak la terjebak! Tapi tosei jer hahahahaha

Amacam! Thrill tak hari ku hari niii?!! Kalau korang cakap tak thrill aku tak dapat nak komen apa2 la hahahaha, sharing is caring!! Ini santapan kami yang telah masuk ke perut kami hari ni! Kalian mauu! Boleh cariii ;) aku tau korang pun terliuq kann ;)

Nah ;)

NASI KANDAQ PELITA, PUCHONG




J. & CO COFFEE AND DOUGHNUT HOUSE






SATAY MINANG :)



MAPLAY GIANT, CHERAS !! KARI KARI :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...