Showing posts with label burger. Show all posts
Showing posts with label burger. Show all posts

Wednesday, November 5, 2014

BurgerByte Zizan Seksyen 15 Bandar Baru Bangi

That day wife ajak pergi burgerbyte for the first time..

Sharing this nice moment at zizan burgerbyte outlet. Nasib takde, sebab zizan tak mai sini malam ni.. ok la, layankan ajer burger zizan..

Place was nice.. kozzi and warm... malang time kitaorg dtg time tu takde air.. so kene minum air segera je..

Apa pon burgerbyte memang terbaik. Dah macam makan steak dah burgernya.. sedap. Patty padat, rasa cukup. Recommended to all..

Ni alamatnya pada yg nak pergi tu:

No. 11-gf, jalan 15/1d, seksyen 15, bandar baru bangi

Well enjoyyy :)

Wednesday, August 21, 2013

Burger Bakar Abang Burn @ Taman Sri Permaisuri

Salam Semua,

Nak kongsi cerita terjah ke Burger Bakar 'Abang Burn' Taman Sri Permaisuri plak kali ni, nampak ramai tul orang kongsi gambar burger bakar ni, selalu nak puaskan hati pergi giant cheras tu je, beli patty daging ramly, buat sendiri besar gedabak ikut kemahuan, hmmmm melantak la kau puas puas...

Tapi kali ni nak gak merasa sedap sangat ker burger bakar abang burn ni..
kang kalau org tanya dah pernah makan ker? tak bleh lak nak bagi review.

Ok, otw balik kerja semalam singgah la kejap kat taman sri permaisuri, kat sini ada cawangan burger bakar abang burn, bukan stall, ni rumah kedai punya burger shop, sederet dengan satay station, tak sangka lak kat sini pun ada satay station, meriah sungguh tempat ni sekarang, dari ani sup, wong solo, Q bistro, paparich, satay station, semua ada. kalau balik nak elak jam highway coughnout tu boleh la pergi area sini lepak2 makan dulu.

ok sambung balik cerita burger bakar abang burn, ni peta lokasi, korang leh google alamat dier seperti di bawah:


Berikut buat potential customer yang belum pernah datang burger bakar abang burn, tak kisah la branch mana pun!! Ni menu untuk ratapan korang, ratap la puas2, jangan nanti dah kat kaunter order tu baru nak mencanak pikir nak order apa sampai setengah jam!!! penat aku nak tunggu ko order dorghh!!! ahahahaha....




The New Meat Ball!!!


Tapi apa yg diorder semalam pecial sikit, Suprimo KAMBING + Set air dan hotdog 3 pcs, RM 13.50 + RM2.50 tak silap. RM2.50 tu untuk air dan hotdog tu, suprimo seperti dimenu daging dan ayam je kan? RM12.50 harga dia, tapi kalau kambing kene tambah RM1.00. Jadi la RM13.50.

Mam aku just order Meatball je, Meatball superb, memang daging pure, + sos dia meleleh, wife aku tak suker plak sos dia, bagi aku sos dia sedap, hahaha, ibu mengandung la katakan.




Review burger KAMBING SUPRIMO aku plak, bagi aku, memuaskan la, patty burger besar. rasa sedap dan menyelerakan, kenyang bila dah habis makan, next time kita try beef plak yer, plus with extra onion ring yg superb, cuma hotdog dia je kureng, kalau diaorg buat hotdog sendiri mesti best! atau pakai hotdog jumbo, ni hotdog kecil je, tah macam rasa brand2 hotdog murah tu. aku tak abis, buang satu, bab wedges gan onion ring, no complain at all. very the delicious :)



Final:
Taste : 7 . 5 out of 10
Service : 9 out of 10 (Sri Permaisuri)
Place/Venue : 9 out of 10
Price : 6 out of 10
Will Come Back ? : 6 out of 10

Kalau nak pegri branch branch yang lain leh refer kat SINI-BRANCH-ABANG-BURN!!

Tuesday, May 15, 2012

Sausage mcMuffin with EGG!!

Pagi buta tadi kul 6.50 tak silap aku, gelap lagi otw gi office, jalan clear plak pagi ni.. So berhajat plak nak singgah mcD! Lama betul tak pekena mcD breakfast!! Dari jauh dah terngiyang2 sausage mcmuffin!!! Hmmmm

Singgah jangan tak singgah!! Akhirnya tertunai jugak kempunan di tekak! Dapat merasa salah satu burger yg cukup superb dikalangan burger burger di dalam rank hatiku! Yg lain lain tu kureng'

Masuk opis semua wuuu waaaaa, aaaaaarghhh!! Aalllaaaa burger je pun ;) sebenarnya ia muffin kan bukan burger!! Tah akak kat kaunter drive through tu pun panggil burger jugak!! Burgerkan jer!!!

Ok la... Jemput makan ;)) korang nak gi mcd sempat lagi ni!!!! Sampai kul 11 tak silap aku... ;))






Thursday, May 3, 2012

BarbaQue Session !!! Eating Paradise !!!

Malam tadi telah berlangsungnya satu sesi makan malam bersama keluarga aku :) Sempena hari lahir abang sulung aku, mohd azam bin abdullah. So mak aku panggil semua dtg rumah, ada buat majlis makan-makan sikit. Takdelah grand sangat, just buat barbeque jer.... as usual my style :)

Menu malam tadi, ayam, sotong & beef burger, campur la lauk lauk lain yg mak aku masak gan acik milah bawak dari gombak. Aku sambil bakar sambil ngap, tu yg masa makan tu tak lalu dah nak makan, dah kenyang, just bedal buah jer, favorite aku sejak kebelakangan ni.. buah mangga :) tu yg kong kong dah 2 minggu tak hilang2 ni....

Penat membakar, rasa macam dah terbakar semua bulu roma kat tangan ni... seb baik rencah menjadi, semua superb, terutama sotong tu, mcm goreng pisang panas, 10 saat lesap semua dari pinggan hidang..hahahaha....puas aku makan sotong.......

Ayam mcm biasa banyak, semua dapat rasa....licin disaat akhir :)
Sesi sambungan daun terup la, main race a.k.a kandang, saper tengit!!!!??? hahaha no komen....

Nak cerita banyak pun tak guna, below are some of the picture i've taken for all of you to view :)

Next UPDATE !! 'Stimboat ANTARABANGSA' Tomorrow Nite aka Friday, Tunggu!! Bel Nak Banje :)










Friday, April 27, 2012

Home Made Beef Burger (Grill & Burn Version)

Semalam aku masak pan fried style! Today aku masak grill & bakar version style plak! sibuk izah cakap goreng goreng apa barang kan!! Ni haaa zahh grill version plak!!! Tak cukup tebal? Boleh buat lagi 2 tingkat! ;))

Senang tul kalau grill tak banyak kerja!! Prrgh 2 hari ni makan burger je straight!! Sebabkan lemak cheese mozarella dalam daging buat aku terliuq2 nak makan lagi dan lagi! Hmmmmm!!!

Kalau nak tau resepi daging tu, boleh review post aku yg sebelum ni, resepi campuran ada kat situ, tapi yang ni, aku ada twixs sikit, tambah bread crump..... terbaekkk!!!!

Ok la banyak taip tak guna gak! Korang nak gambar kan!! Nah!! Kalau nak boleh datang umah!! Ahaaaa ;))








Wednesday, April 25, 2012

Beef Burger 'Mozarella' Mie d'Marco Style (Fried Vers.)

Ok, this time i cook!!! Mam sibuk sgt nak makan burger apa? Kow? Burger Bakar? Aduyai sedap ker??!! Dengar citer org beratur sampai berejam!!! Nevermind laaa, i can make it my self!!!

Berzaman dah kot aku bercite cite dari dulu untuk bukak satu restaurant for big size food for western, burgers, pizzas! Big ribs!! Arggghh! Pengaruh man vs food betul laa!! Resepi aku simple! Home made!!!

Ok la tonite aku buat sendiri!! Terbaekk tahap cipan!!! Aku beli 2 peket daging cincang, besar punya!! Resepi aku as usual! Semua kasi taruk!!! Dari pepper, mint, fish sauce, oyster sauce, vegie oil! Curry powder! Abc saus manis! Chili powder! Eggs! Onion, garlic! And special ingredient!! Mozzarella cheese!! Lottssss of mozarella cheese!!

Gaul semua sampai lumat!! Nanti nak bentuk burger tu pegang la telur sikit baru buat bentuk burger tu! Takde la melekat!!

Aku nak citer banyak banyak pun tak guna!! Aku nak makan dulu!! Taktau mulut muat ke tak??? Hahahaha kate kauu!!! Ok la bismillah!! Saya makan dulu yer!! ;)) homagod!!


                           






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...