Showing posts with label ayam bakar wong solo. Show all posts
Showing posts with label ayam bakar wong solo. Show all posts

Friday, May 17, 2013

Wong Solo Lagi @ Bandar Sri Permaisuri

Salam, Hari ni ada perkongsian sikit lagi tentang Wong Solo, Kali ni tukar branch plak kat Bandar Sri Permaisuri, dekat area Bandar Tun Razak tu.. setelah 8 bulan tak pergi wong solo ni, pergi gak haritu, tu pun sebab mummy mia kempunan, ikutkan je la...

Tapi sebenarnya dah muak gak nak makan kat Wong Solo ni setelah sekian lama sebelum ni melantak melahap tak berapa puluh pinggan nasi ayam bakar dia.. bertambah dengan kicap gan cili dier, perghh...

Persinggahan haritu untuk aku just melatah ayam bakar dan ikan siakap bakar dia.. seperti entry sebelum ni harga ikan dah dikongsikan kan? tak silap rm19 sekor, dari segi masakan ikan ni, memang lah sesangat la superb, sama resepi macam ayam bkar diaorg, ikan ni pun dimasak dengan cara yang sama, habis sampai licin kita org makan, gambar diserta kan untuk sebelum sahaja, selepas takde yer, sorry...

so, kalau gi mana mana wong solo, rasa tetap akan sama... tapi mesti korang selalu makan ayam penyet dgn ayam bakar set diaorg je kan? sesekali makan la ikan dia, memang sedap.....memang puas hati. harga flat rate, jangan risau mcm makan kat tomyam tomyam tepi jalan tu, harga ikan mengikut saiz dan mengikut kedai, phuiiiii.. sesuka lu org je nak charge ikan  rm40, rm53, rm48 sekor kan......
tu sebab aku tak gemar makan ikan kat kedai kedai tomyam tepi jalan tu, kalau nak! bawak ikan siakap sendiri, bagi suh diaorg je masak, bayar upah masak gan bahan2 je. hahaha tapi malu tanggung sediri.. hahahaha....

opss lupa ada new menu aku order kat sini, guava jus dia, perghh pekat..terasa licin dah muka ni lepas minum guava jus ni.... korang tryla, tak mahal tak silap rm 5.90 ke berapa tah..... jangan lupa cuba..
so ok la..enjoy the pic, wassalam..










Thursday, April 19, 2012

Wong Solo Repeat! Terbaek! Nizar Belanja!

Hari ni rasanya serbuan secara mengejut! Kusangkakan nasi sepinggan rupanya berpinggan pinggan! Mengah nak cerita ni!! Nak taip ni pun mengah lagi ni!! Aduhaiiinyerr pon adoi'

Sebuan dimulakan dengan nasi ayam penyet dan nasi ayam bakar jer!! Tapi nizar terjerumus meng-order sotong goreng tepung yg nampak menyelerakan dimeja sebelah! Ditambah aku menambah order sepotong ayam bakar alakad untuk memuaskan nafsu serakah yang menggelodak akibat mata melihat ayam bakar roy n nizar!

Tidak cukup lagi!! Akibat membasuh tangan ketika mahu makan, terlihat lagi nizar dimeja org lain iaitu gado-gado aka pecal wong solo yg menjolok mata! Maka dengan secara spontan jua dia memanggil waiter girl! Dik bagi yang mcm org tu makan yerr!! Lagi sepinggan!!

Ya ampun!!!! Gelojoh bangat kami dong! Mentang mentangan semuanya kelaparan. Makain diordarnya semua!! Hahahaha!!!

Tq to bapak hasnirol kerana membawa kami menaiki mobilnya ke seksyen 7 shah alam untuk merasa keenakan makanan dari wong solo itu! Sungguh enak sekali yang bapak bapak!!! Terima kasih jua kepada bapak nizar yg bermurah hati untuk membelanjakan kami sebentar tadi, next time my turn ya!! :)

Ok kembali kita ke Malaysia!!!

Apa apa pon wong solo terbaek!! Kalau kempunan nak makan pecal cik saenah leh makan kat sini! Pasal selalu balik dah gelap! Cik saenah kat area rumah tu dah tutup dah! Tak pon dah abis ;( huhuhu

Ni menu menu kami sebentar tadi! Nak?!! Nak leh lawat wing solo ok! Bangi dan shah alam cawangannya sedia menanti ;)








Alamat and info for booking :
No.8g & 10g, Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial, Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor
03-55111835

Wednesday, April 4, 2012

Review Malam ni utk Wong Solo jugak!

Tadi tengahari dah lunche kat Wong Solo seksyen 7, shah alam, balik rumah malam bawak org rumah gi Wong Solo gak! Tapi cawangan bangi punya turn plak!

Alamat : no 8&9-g-1, jalan medan pusat bandar 4a, 43650 bandar baru bangi.

Menu malam ni ayam penyet dengan ayam bakar sekali, mam amik sup ekor! Sup ekoq dier rm12.80, isi ok la besar, tapi aku tak rasa bab aku dah ada 2 ketui ayam yg lagi terbaek!!

Makanan pedasssss is the most thrill time if takde air, hampeh tul air sampai lambat tadi, meleleh peluh!! Maaf jugak terpaksa review wong solo 2 kali hari ni, sebab dan kerana adalah sebab ia memang menyelerakan dan terbaik, sampai 2 kali la aku ke wong solo hari ni!!

Mungkin jugak aku ada keturunan minang n banjar kot! Tu yg suker sangat makanan cili pedas pedas ni!!

Next time kite try diernyer sotong tepung dgn yg lain2 lak k.. Aku dah penat, mahu guringan, esok begawian ;)) aka kerja ahaha, bahasa banjar tu untuk kerja!!

Ni gambar menu tadi!! Korang haris try!!! Aku amat amat menyarankan ;)

Salammm!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...