Showing posts with label ana ikan bakar petai bangi. Show all posts
Showing posts with label ana ikan bakar petai bangi. Show all posts

Friday, August 3, 2012

Iftar @ Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi With My Family

Last nite kali kedua aku gi Ana ikan bakar petai kat bandar baru bangi ni... Semua akibat kempunan wife aku ;) ibu mengandung harus dimakbulkan impiannya, untuk purpose berbuka puasa, korang boleh call no ni 019-2177668, then akan ada org angkat, make sure call lepas zohor ok, awal sangat diaorg tak terima..

Melalui phone diaorg akan minta kita sms kan order and name terus, simple as that ;) semalam kitaorg order siakap bakar petai, butter prawn, sotong goreng tepung and satah! Memang betul org cakap, sotong goreng tepung dia memang sedap!! Sebelum ni aku tak order goreng tepung! Ni memang dah kene jadi menu wajib! Tak lengkap kalau takde ;) Ditambah pulak dengan bbutter prawn dier, sedap betulll.... abis aku layan kuah butter prawn dia, dia special sikit, yg jenis basah, creamy sungguh :)

Kalau korang nak book berbuka utk bulan puasa ni make sure call and confirm betul2 sebab penambahan kepala berapa org utk dtg tu takkan dilayan, pasal tempat ni penuhhh!! Nak tambah meja pun takde...

Bagi yg penah dtg anda tau la kelebihan apa kesedapan dan keenakan makan kat sini huhuhuhu yang tak pernah dtg tu buat buatlah dtg ehehe... Korang akan merasa kesedapannya... Seperti entry aku sebelum ni, aku ada cakap tak payah dah nak gi jauh jauh sampai bagan lalang semua, kat bangi ni pun dah ada dah seafood yg terbaekk ;) ehehehe..

Tempat ni betul betul kat area tol bangi plus tu.. Sebelah balai bomba bangi.. Kalau keluar dari plus masuk tol bangi bulatan masuk kiri terus (pukul9) akan nampak kedainya sebelah kanan, kene uturn la kat depan.. Apa apa pun nak gambar untuk tatapan semuaaaa;)


Mak gan bapak aku :)
Sedap kan mak, bapak :)

Friday, June 22, 2012

ANA Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi

Salam semua, nak habaq mai ni, ehe, malam tadi buat pertama kalinya aku makan kat sini, selepas baca banyak review pasal kedai ni, sekali pergi hari tu, tutup plak ana ikan bakar petai ni, tapi semalam aku sampai terang benderang kedai dier, alhamdulillah, rezeki aku sekeluarga kot, org pun tak ramai sangat, selalu aku review blog lain semua cakap kedai ni sentiasa penuh, nak cari meja pun susah, satah dier plak selalu habis...

langkah kanan aku semalam, sebab bawak mak gan bapak kot :) lancar je perjalanan, cepat je order, banyak jer satah :)) apa lagi layannnnnnnnn!!!!

kedai ni buat pengetahuan semua, asalnya dari tanjung lumpur, kuantan. dekat kuantan dah ada 3 kedai ana ikan bakar petai ni, sekarang dia buat satu branch dekat Bangi. im eager to try!!!! mana tahan tengok gambar org post je kan... tak JJCM la macam tu..perbarang.......semalam akhirnya sampai gak hajat aku..

sampai sampai je kat depan kedai, ada plak mamat myvi ni kuar, parking terus depan kedai, masuk terus duduk meja besi, tempat selesa, sejuk jer berangin, macam ada open aircond plak.... order satah tanjung lumpur dulu, sebab ni yg org banyak cari cari, sedap sangat ker??? sedap tak sedap la, bapak aku sampai bungkus 10 bawak balik..hahahaha.... rugi tak try, rasa lagi sedap kot dari kemaman satah yg aku makan haritu.....nah gambar satah!!!! pada yg tak mengenali apa itu satah..hahaha...dier sejenis ikan yg dicampur dengan ramuan dan tepung special, resepi rahsia......



Lepas tu aku gi beratur pilih ikan, banyak nyer ikan sampai aku tak tau nak pilih mana, amik jer la siakap sekor, besar2 ikan, yg kecik takde!!! then amik sotong 3 ekor!! dah macam kat bagan lalang dah tempat ni persekitaran dier :) sampai kat adik amik order tu, terus cakap!!! DIK semua BAKAR PETAI!!!! baik bang jawab dier :))))) then order nasi and sup ekor satu bagi kuah!!!!

Sesambil tunggu order makan satah dulu, takde la lama pun, tak sampai setengah jam pun dah sampai, service terbaik...... haaa....part ni aku nak bagi review sikit, ada kawan aku cakap ikan tak masak!! mungkin takde nasib kot time tu ramai org ker! apa ker?

Tapi semalam, semua yg sampai, cukup sedap, rempah yg cukup sedap, cecah ikan dier plak, yg asam tu, cukupppp sedap........AKU CUKUP BERPUAS HATI MAKAN KAT SINI!!!!! tak perlu dah lepas ni nak ker bagan lalang, bangi dah cukup :) TERBAEKK, cukup sudah apa yg aku cakap ni, next time boleh datang lagi :)

Ni ada sedikit picture yg aku tangkap untuk bagi korang jeles, hahahaha!!!!!!









TOTAL DAMAGE : RM77.++ NOT BAD :)

Kedai ni betul betul bersebelahan dengan balai bomba bangi yang dekat bulatan TOL Bangi Highway utara-selatan tu. kalau datang dari warta (warta belah kiri) terus je sampai depan menghala ke bulatan tol bangi tu, sebelum bulatan tu nampak dier belah kiri :)

Lot 2991, Persiaran Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
019-2177668
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...