Hmm, entry ni nak cerita pasal betapa sedapnyer makan mee kari kering penang aka dry mee kari, tapi tak perlu, fancy place, tak perlu tempat gempaq gempaq, tak perlu pi jauh jauh nun sampai penang sana, tak perlu google cari internet mana mee kari sedap.... tempat ni sesimple giler, dekat je dgn rumah aku..
pertemuan amat mengejut, discovery of this place was very lucky, and the most important thing aku cukup bertuah sebab dapat jumpa kedai ni... :) hehe
korang kalau gi cheras biasala kan, akan nampak pasaraya giant besar je belah kanan kat highway grand saga tu... haa, bagi signal masuk parking, kunci kereta, naik tingkat satu gi food court dia, nama food court dia 'food unlimited'
betul betul bersebelahan dengan pintu masuk pasaraya giant ni.. Pergi gerai yg ada tulis penang depan dier, then panggil akak, nak mee kari kering yer @ dry mee kari, extra KERANG!!!
yaAllah, terbaik dari ladang, dengan rempah kuah kari yg terasa sampai menusuk tekak, kerang yg menambah seri muka mee kari tu, aku masuk kiri kanan, kiri kanan. tak ingat apa dah.....tau tau dah abisss.......
Skrg ni tempat ni dah jadi tempat rutin aku kalau nak makan mee kari or mee kari kering, tak pergi tempat lain dah, nak mee kari jer gi giant cheras, nak mee kari je gi giant cheras, takde lagi tempat yg boleh beat mee kari ni setakat ni....
Kalau ada aku gi tau.. :)
Apa apa pun, enjoyyy, nah mee kari kering nya - bersama cili paste special..hmmmmmmm....
ada satu gambar mee goreng mamak, tu bini aku nyer tau, bukan aku nyer....
jangan luper cuber :)
bro, nak tanye ko makan tu halal ke tak?mmg org indon yg prepare...tp ramuan dia...kan dlm mee kari dia ada cebisan ayam. ayam tu sembelih tk?fish cake dia halal ke???
ReplyDelete:) wahhh detail, kalau macam tu semua food court la kita kene pergi check satu satu tanya mana dia beli ayam, assuming kedai foodcourt tu dalam giant kan, beli kat giant la gamaknya insyaallah :)
ReplyDelete