Wednesday, August 15, 2012

Kek Red Velvet Jalan Tar

Last day! Kitaorg gi jenjalan jalan tar, pagi lak tu dlm pukul 12tgh malam/pagi, ingat dah byk tutup rupanya rancak lagi, nak jalan pun berhimpit2 lagi..

Parking as usual korang tau la! Penuh and harga akan naik rm10 sekali masuk! Bukan nak cari apa! Nak teman mak gan wife aku cari baju gan tudung diaorg!! Hmmmmm

Aku as usual! Cari apa yg boleh dimakan la!! Air/kopok leko/ayam uncle bob/jagung bakar/stimbot/kebab/cucuk2 merata ada, korang pilih la apa nak kunyah!

Aku beli air tin jer! Takde yg unik pon! Tapi ada satu kedai ni! Dalam tengah2 gerai jalan blkg tu ada plak satu homemade bakery stall satu!! Dier letak baik nyer kek red velvet atas meja!! Perghhh!! Takmo citer byk! Korang tengok gambar!!! Layan! Ni satu slice rm5...... Terbaek!!

Kalau nak tau resepi buat! Ni ha aku bagi free kat bawah! Tinggal malas rajin je nak buat! Ehehehe sedappp...

Bahan-bahan ( 1 biji )
Kek (Sila guna penyukat khas)
2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
1 sudu kecil serbuk penaik diayak
2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
1/2 cup butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur pada suhu bilik
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

Buttermilk
1 cup (240 ml) susu kotak full cream
sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

Cream cheese frosting
2 buku cream cheese, dilembutkan
1/2 cup butter dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.

Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.

Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.

Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.

Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.

Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

kek red velvet cake red velvet cream cheese!!

Wednesday, August 8, 2012

Iftar Portluck @ Sazali House Mix of Food Variety

Last Monday, kami yg berjiwa kacau berbuka sesama office mate di rumah abg sazali auwww!! hahaha dekat semenyih, menu portluck, semua bawak campur campur, dah macam buffet hotel, tapi masakan ni lagi terbaik kot??? western ada, asia ada, timur laut barat daya ada, selatan jawa pun ada, hahahaha..

aku as usual masak specialty aku la, linguine cream cheese meatball la, perghhhhhh!! meleleh hmm :)
and kawan kawan lain ada bawak, satay, kek, rojak singapore special, dessert, and tuan rumah buat macam macam, udang nestum ada, pegedil kering ada, pegedil berkuah ada, nasi lemak ada, meehoon goreng special nana ada, bubur kacang ada.....perghhhhhhhhhh......

aku tak tau nak makan apa, semua memang meyakinkan tekak aku, kene amik sikit sikit and try satu satu, ahahaha haeven tul berbuka haritu, dengan lawak tak puas hati nyer, dengan citer pasal kejer jer, dengan bahan bahan nya... kitaorg enjoy walau sekejap....

sebab esok nak masuk office, moody balik.. huhuhu.......

apa pun, terima kasih tuan rumah and semua member2, korang memang terbaek, tahun depan kita wat lagi ok, maybe rotate rumah lak la ye, ehehehe :)

ni antara gambar makanan yg aku sempat snap.. enjoy :)

Iftar @ Manhattan Fish Market, Alamanda Putrajaya

Yesterday, bawak my puan myra pergi check-up dekat FPP Putrajaya Hospital, so terpaksala mintak cuti sehari, appointment pukul 12tgh, settle semua dalam pukul 1.30pm, very the pantas :) mungkin sebab FPP kot...

Lepastu kitaorg decided nak gi jalan jalan Alamanda, layan Movie kejap - TOTAL RECALL (Movie ni terbaek) then jalan jalan shopping, and at last decided nak berbuka kat sini jer, pilihan? Myra ku mesti la dia nak Manhattan Fish Market, kempunan dah sejak hari pertama puasa haritu..... layan kan jer...org nak belanja kan. :)

Dekat Alamanda Manhattan ni, senang and simple, if dtg awal just order and book nama and meja, tak perlu bayar apa apa, nanti dah masuk time berbuka dtg pergi dekat meja semua dah siap dah terhidang, diaorg cakap if nak call pon no problem. ni detail kalau korang nak call :P


Alamanda Shopping Centre  Jalan Alamanda, 62000 Putrajaya, Federal Territory of Putrajaya
03-8889-5160


Kitaorg book meja pukul 3 lebey mcm tu, dapat duk luar depan aircond portable dia, baru dapat view kolam pancut alamanda kat depan tu, nyaman je makan. And the most important thing, promotion ramadhan dia, Special utk bulan ramadhan, platter seafood yg selalu kita order rm52.00 tu akan jadi set pada bulan ramadhan, with a same price akan dapat satu extra garden salad & 2 soup of the day. Then air pulak 50% off/ same as buy one free one la.... starter plak lebih kurang 8 starter semua pun 50% off.....

Murah kan? yang minat manhattan tu, dipersilakan cepat berbuka puasa disana. yakini halal dan bersih, our total damage for yesterday is RM112.50. kalau tak silap.... :) tu pun sebab ada order extra starter & vanila shake.. pergh terbaek....

Dipersilakan datang kesini... senang, tak macam midvalley manhattan fish market, nak kena dtg situ order and bayar dulu baru boleh booking, call semua tak dilayan.. choiiii....

Apa apa pun, enjoyyyy :)

Friday, August 3, 2012

Iftar @ Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi With My Family

Last nite kali kedua aku gi Ana ikan bakar petai kat bandar baru bangi ni... Semua akibat kempunan wife aku ;) ibu mengandung harus dimakbulkan impiannya, untuk purpose berbuka puasa, korang boleh call no ni 019-2177668, then akan ada org angkat, make sure call lepas zohor ok, awal sangat diaorg tak terima..

Melalui phone diaorg akan minta kita sms kan order and name terus, simple as that ;) semalam kitaorg order siakap bakar petai, butter prawn, sotong goreng tepung and satah! Memang betul org cakap, sotong goreng tepung dia memang sedap!! Sebelum ni aku tak order goreng tepung! Ni memang dah kene jadi menu wajib! Tak lengkap kalau takde ;) Ditambah pulak dengan bbutter prawn dier, sedap betulll.... abis aku layan kuah butter prawn dia, dia special sikit, yg jenis basah, creamy sungguh :)

Kalau korang nak book berbuka utk bulan puasa ni make sure call and confirm betul2 sebab penambahan kepala berapa org utk dtg tu takkan dilayan, pasal tempat ni penuhhh!! Nak tambah meja pun takde...

Bagi yg penah dtg anda tau la kelebihan apa kesedapan dan keenakan makan kat sini huhuhuhu yang tak pernah dtg tu buat buatlah dtg ehehe... Korang akan merasa kesedapannya... Seperti entry aku sebelum ni, aku ada cakap tak payah dah nak gi jauh jauh sampai bagan lalang semua, kat bangi ni pun dah ada dah seafood yg terbaekk ;) ehehehe..

Tempat ni betul betul kat area tol bangi plus tu.. Sebelah balai bomba bangi.. Kalau keluar dari plus masuk tol bangi bulatan masuk kiri terus (pukul9) akan nampak kedainya sebelah kanan, kene uturn la kat depan.. Apa apa pun nak gambar untuk tatapan semuaaaa;)


Mak gan bapak aku :)
Sedap kan mak, bapak :)

Wednesday, August 1, 2012

Home Made Siakap Masam Manis & Siakap Stim

Hari ni aku nak cite pasal resepi yg aku masak sendiri!! tak mo citer banyak, aku masak 2 ekor ikan siakap, satu stim satu masam manis, siakap stim bini aku nyer, masim manis as usual aku nyer la, simple je masak.

1st beli ikan dua ekor, satu goreng gan tepung jagung, satu kukus dalam bekas kukus dengan halia, bawang besar, bawang putih and serai.. Siappppppppppp!!!

ehehehe... siap sebab aku beli rempah segera maggie, goreng bawang, halia gan bawang besar, then masukkan je rempah segera tu, dua dua ada, untuk masam manis ada untuk stim pun ada...dah masak tabur je kuah atas ikann..... siapp laa...

hahahaha.. menarik tak? ikan beli kat carefour rm7.90 je sekor, apasal tah murah sangat, ikan fresh plak tu.. nak beli siakap gi beli kat carefour midvalley gi, aku beli kat situ murah...

ni aku persembahkan ikan siakap stim & siakap masam manis untuk semua..

dipersilakan dan selamat berbuka semuaaa..wahhhhhhhhhhhhhh!!!!

Mee Kari Kering Penang @ Dry Mee Kari Giant Cheras

Hmm, entry ni nak cerita pasal betapa sedapnyer makan mee kari kering penang aka dry mee kari, tapi tak perlu, fancy place, tak perlu tempat gempaq gempaq, tak perlu pi jauh jauh nun sampai penang sana, tak perlu google cari internet mana mee kari sedap.... tempat ni sesimple giler, dekat je dgn rumah aku..

pertemuan amat mengejut, discovery of this place was very lucky, and the most important thing aku cukup bertuah sebab dapat jumpa kedai ni... :) hehe

korang kalau gi cheras biasala kan, akan nampak pasaraya giant besar je belah kanan kat highway grand saga tu... haa, bagi signal masuk parking, kunci kereta, naik tingkat satu gi food court dia, nama food court dia 'food unlimited'

betul betul bersebelahan dengan pintu masuk pasaraya giant ni.. Pergi gerai yg ada tulis penang depan dier, then panggil akak, nak mee kari kering yer @ dry mee kari, extra KERANG!!!

yaAllah, terbaik dari ladang, dengan rempah kuah kari yg terasa sampai menusuk tekak, kerang yg menambah seri muka mee kari tu, aku masuk kiri kanan, kiri kanan. tak ingat apa dah.....tau tau dah abisss.......

Skrg ni tempat ni dah jadi tempat rutin aku kalau nak makan mee kari or mee kari kering, tak pergi tempat lain dah, nak mee kari jer gi giant cheras, nak mee kari je gi giant cheras, takde lagi tempat yg boleh beat mee kari ni setakat ni....

Kalau ada aku gi tau.. :)

Apa apa pun, enjoyyy, nah mee kari kering nya - bersama cili paste special..hmmmmmmm....
ada satu gambar mee goreng mamak, tu bini aku nyer tau, bukan aku nyer....

jangan luper cuber :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...